Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

selamat tinggal mukabuku, selamat tinggal blogger.

Assalamualaikum. Kejap lagi aku bakal bertolak untuk menyambung kembali pelajaran setelah bercuti selama 2 bulan.  Selepas ni tiada lah aku untuk LIKE LIKE status orang semua. HAHA.  pasti aku bakal merindui fb-ans dan blog aku nie.  Yelah, jarang online sebab aku tak ditempatkan di asrama, aku duk luar, so takde line wifi yang membolehkan aku online plus, ididntuseabroadband . Before aku pegi, mintak maaf kepada semua. Salam sayang dari Cik Dodol khas untuk anda semua.  xoxo,

sedetik di situ

Seorang pakcik tua berbangsa Cina melangkah naik ke dalam bas yang dipenuhi oleh semua warga pelbagai usia. Bas itu sudah dipenuhi dengan orang yang mahu ke pelbagai destinasi.   Pakcik itu tempang rupanya , ataupun Orang Kurang Upaya . Dengan susah payah dia mengharung orang yang penuh di dalam bas itu. Aku yang berdiri tadi dan hanya berangan, musnah seterusnya  menjadi pemerhati bisu di satu sudut itu.  Pakcik itu menghampiri tempat duduk OKU, tetapi malangnya, tempat duduk itu dipenuhi oleh orang yang SEMPURNA FIZIKALNYA , malah mereka itu buat muka tidak bersalah, ada juga yang terus membaca paper di tangan tanpa menghiraukan pakcik yang tempang di hadapannya. Pakcik itu terus berdiri dan berdiri meminta simpati, tetapi hati 3 manusia itu kering. Buta hati!   Akhirnya, seorang dari mereka turun pabila tiba di destinasi. Pakcik itu melangkah duduk dengan perasaan berbaur; mungkin. Aku menjadi lega bila akhirnya pakcik itu duduk jua. Aku meneruskan anganku sementara menunggu ba