Skip to main content

Mama yang ku rindu.

Aku pergi keje kan tumpang jiran aku. Sebelum ke rumah jiran ku, aku singgah umah aku dulu. *aku tinggal kat umah nenek kuh. blakang tuh umah aku* Saat kaki jejak ke dalam rumah, kotak minda ku mengimbas segala saat2 manis kuh bersama mama,abah dan adik. Paling aku sebak tatkala melihat foto arwah mama ku bersama aku, adik dan abah di dinding rumah. Senyuman itulah yang sering aku rindukan setiap malam sebelum lena. Wajah itu lah yang sering aku mimpikan dalam tidurku. 

Aku tatap gambar itu dengan rindu yang memenuhi setiap ruangan hati aku. Aku terasa ketika mama memelukku bila aku menangis. Aku teringat bila mama ketawa dek keletahku dan adik. Aku teringat tatkala mama kecewa dengan sikap aku dan adik. Semuanya masih segar dalam ingatan aku. Lalu air mata aku jatuh membasahi pipi. Sungguh aku merindui mama yang aku cintai. Bagi aku, mama seorang ibu yang sangat tabah dengan segala kerenah dua anaknya yang dahulu suka membuat masalah. Aku menyesal. Sungguh aku rindu mama.

Jika kau bisa kembali, 
aku pasti tidak akan mengulangi,
kesilapanku yang bisa menyakiti,
hatimu yang suci.
Sungguh,
hanya kau ibu yang ku cintai,
yang sering ku mimpi,
dalam tidurku yang sepi.
Kini, 
sunyi tanpa dirimu disini,
yang selalu berada di sisi,
kala aku menyendiri.
Mama,
demi ALLAH yang aku cintai,
aku amat merindui,
dirimu yang sentiasa di hati.


Setelah aku menyapu air mataku, aku melangkah keluar dari rumah aku, dan sempat memohon agar mama sentiasa doakan aku dari sana. Mama, kita sayang, cinta dan rindu mama. Mama lah segalanya buat kita.

27 April akan datang hari jadi mama. Akan aku hadiahkannya sekalung surah Yassin dan doa agar mama bahagia di sana.



syaza aqillah♥

Comments

Popular posts from this blog

TWITTER. *i miss my child world.

Assalamualaikum readers. Hellooo.  ohh, long time no posting yaa. almaklumlah pulang ke kampung.. oh oh, i am sooo excited bcoz just created twitter account. LOL. *hello cik dodol, sangat ketinggalan lah anda ni* haha, yeah, memang cik dodol ketinggalan. so, ade i kesah? orang duk men tweet tweet, cik dodol pon nak mencuba lahh. nak tengok apa keistimewaan tweet nie. xP dolu kecik2 main tweet tweet bila kita main kejar kejar, ade lah dok cakap tweet tweet! naah, ni lah permainan or cara bersosial zaman sekarang. bukan main macam cik dodol kecik kecik dulu, nak bermain or berkawan dengan cara ramairamai main teng teng , masak masak , batu seremban , congkak , baling selipar , panjat pokok , pondok pondok , n much moree. *oh, rindukan zaman kanak kanak* sob sob, ah sudah lah cik dodol, hentikan drama air mata ini. x) yee, kalau nak dibandingkan zaman dulu dengan zaman sekarang, memang banyak berubah. kanakkanak sekarang lebih celik IT , jarang dah diorang petangpetang main ...

TAG. (:

  Hye2. Salam semuanye. Okeh2. Straight to the point. I've got tag. ;) Tag ni diberi oleh fara murni dua ke tiga ari yg lepas. ta sempat je nk buad. jd kena langsaikan hutang.. HUHU. (: "once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you." F irstly, my full name Syaza Aqillah binti Ahmad Kudori. I'm born on 21st December 1992. *yeah! i'm getting old* Place of birth; Hospital Universiti Kuala Lumpur(HUKL).  Attended school in Tadika PASTI[97-98], SKHicom[99], SKPU(1)[00-04], SMKUSJ23[05-08], SMKTS[08{8months}]. *move back to SMKUSJ23[08-09]  On kindergarten, ever had an embarrassed incident when I was pee in my kindergarten pants.*it's ashamed incident that I ever had!* I ever had an accident on 2002 when I came home from school. I've got my first love on 1...

Happy Labor Day! ;)

Assalamualaikum, readers. Woah,, ini hari minggu adalah HARI PEKERJA .  Selamat menyambut HARI PEKERJA sedunia lah kepada semua para pekerja. :) Mereka perlu diberi penghargaan kerana telah menyumbang sedikit sebanyak dalam sumber pendapatan negara. :) Kalau tiada pekerja, rasarasa bagaimana dunia hari ini? Keep thinking it.  So, SELAMAT BERCUTI kepada pekerjapekerja di luar sana.  *hepynya ini uncle!* image credit: macam biasa, thanx G o o g l e xoxo,