Skip to main content

Anybody help me, please......

Please! Help me! I feel down! Upset! Depressed! Ya Allah. Bantulah hambamu yang serba lemah ini untuk terus hidup dan menjalani hari-hari yang penuh dengan dugaan. Amin Ya Rabbal Al- Amin. Aku amat sedih apabila UPU,dan Poli yang aku mohon gagal diterima. Aku cuba untuk menerima dengan sepenuh hati. Tapi, apakan daya, aku hanya seorang insan yang lemah. Aku punya perasaan dan hati yang mudah terluka dan tergores.

Kenapa?

Kenapa?

dan

Kenapa????

Aku tak dapat Upu dan Poli? Hadoiiiiii!!!! Aku tahu ni adalah sebuah dugaan, tapi aku merasa cemburu dengan orang lain yang diterima, walaupun keputusan diorang lebih kurang dengan aku je, sedangkan aku tidak diterima! Astaghfirullah. Aku lemah tatkala memikirkan perkara ini. Aku bagai seorang yang hilang petunjuk arah untuk terus melangkah. Apa yang harus aku lakukan? Menerimanya dengan senyuman yang manis dan gembira? Sedangkan di dalam hatiku bagai dihiris-hiris apabila orang sekeliling aku sibuk bertanya, 

"Syaza dapat ke tak upu?"

"Syaza dapat mana?"

"Syaza masuk U mana?" 

Aku hanya tersenyum dan menjawab dengan tenang, walaupun hati aku sebak, tiada siapa yang tahu.

"UPU tak dapat."
Begitu selamba kan? Tapi, korang tau tak hati aku ni meronta,

'Jangan tanya lagi! Aku tak sanggup terus dilukai lagi. Cukup! Begitu pedih kata-kata itu untuk aku!'
Tapi, soalan itu lah sering aku dengar untuk bulan ini. 

Cukup. Cukup. Cukup.
Aku akan terus berusaha membuat rayuan sehingga aku diterima. Ya Allah, ko makbulkanlah doa-doa ku. Sesungguhnya, kau Maha Mendengar. Amin.

♥syaza aqillah

Comments

Popular posts from this blog

Freshly 2019

2019.  I am now married.  Will tell you guys about how I get through hard year after my husband's kidney transplant. But it's worth the journey. Alhamdulillah for everything. I'll post it here, soon. In syaa Allah.  Syaza

Adik lelaki aku..

Hisyy! Ade adik sorang tapi macam sepuloh orang adik! Eh, lupe nak bg salam. Salam semua. Bengang tahap cipanzi taw sampai lupa nk intro. Haishh. Masalah aku kalau bukan makanan *eh2, aku mang selalu ade masalah dengan makanan taw* mesty dengan adik lelaki aku tuh. Ya ALLAH. Hanya Tuhan je yang tahu betape nakal-begik-degil-keras kepala nye adik aku tuh. Ishhhh! Apelahhh.  Kalau mama ade lagi mesty mama susah hati dengan perangai dye yang tak berapa semenggah tu. Muhammad Irfan. Irfan tu memang nama yang keras ke? *Nyai dah sibuk nak tukar name adik aku* Katenye dulu nak letak nama adik aku Faiz tapi  Amor Rizan kot kalo ta silap aku, yang suruh tukar nama sebab Faiz tu name anak kawan dia. *ingat-ingat lupe* MEmang dari kecik adik aku ni agresif n hyper. Kepala dah berjahit dik oiii, tak sedar-sedar diri lagi. HUHH. Kalau bercakap pasal adik aku memang tak habis 7 hari 7 malam . Tapi3, dalam kenakalan dye yang terlampau dahsyat tuh, dye ni boleh jadi hero. Seminggu yang...

KEBENGANGAN MELANDA!

Hye semua.. Tajuk pon korang dah tahu yang tuan tanah sedang berapi api. Mana tak nya kalau saia mahu follow blogblog yang saia nak follow tak boleh. Dah dua hari kejadian ini berlaku! See. Ayat dah mula nak skema dah. Dodol!!! Kepada yang telah follow saia dan belum di follow semula, harap maaf sangat. Tak faham masalah apa yang melanda internet ini. HUHU. Bengan ni. Bengan tahap gaban. Memang rasa nak maki2 je. *Sabar ye Syaza* . Sabar2!! Dah cukop sabar ni hah!! Bak kate orang dolu2, sabar itu separuh dari iman.. (:  See. Dah boleh tersenyum semula. Pujuk diri sendiri lah gamaknye. Mr.F jauh sangat. HUAHUA. Sekali lagi maaf dipinta yaaaa... Adoyyy.  *nah bunga utk kowang* ♥syaza aqillah