Bila aku dengar lagu Rapuh, hati semerta menjadi sebak. Mengapa? Ya. Aku bukan lah manusia yang kuat dan terlalu tabah dalam menjalani kehidupan aku. Aku hanyalah seorang manusia yang lemah dan terlalu kerdil dimuka bumi ini. Aku bukanlah seorang manusia yang sempurna dalam mencintai Pencipta ku.
Aku? Tidak dapat menolak segala yang ALLAH duga aku. Kadangkala, rasa nak menyerah dalam kehidupan. Tapi, dengan sisa iman aku ni, aku teruskan jua hidup aku. Mengenang kisah hidupku. Begitu banyak onak dan ranjau durinya. Namun, terselit juga sedikit kemanisan. Walaupun sedikit, namun begitu besarnya nikmat. Terma kasih, ya ALLAH. Kerana masih memberi ku kesempatan merasai kemanisan.
Walaupun kadangkala, aku alpa dan leka dalam mengucap syukur padaMu. Tetapi kau tetap memberi aku peluang dan kesempatan untuk mengucap kalimah syukur. Sungguh, aku amat mencintaiMu, ya ALLAH.

Walaupun kadangkala, aku alpa dan leka dalam mengucap syukur padaMu. Tetapi kau tetap memberi aku peluang dan kesempatan untuk mengucap kalimah syukur. Sungguh, aku amat mencintaiMu, ya ALLAH.
Detik waktu terus berlalu,
Semua berakhir padamu...
Comments