Skip to main content

Mama yang ku rindu.

Aku pergi keje kan tumpang jiran aku. Sebelum ke rumah jiran ku, aku singgah umah aku dulu. *aku tinggal kat umah nenek kuh. blakang tuh umah aku* Saat kaki jejak ke dalam rumah, kotak minda ku mengimbas segala saat2 manis kuh bersama mama,abah dan adik. Paling aku sebak tatkala melihat foto arwah mama ku bersama aku, adik dan abah di dinding rumah. Senyuman itulah yang sering aku rindukan setiap malam sebelum lena. Wajah itu lah yang sering aku mimpikan dalam tidurku. 

Aku tatap gambar itu dengan rindu yang memenuhi setiap ruangan hati aku. Aku terasa ketika mama memelukku bila aku menangis. Aku teringat bila mama ketawa dek keletahku dan adik. Aku teringat tatkala mama kecewa dengan sikap aku dan adik. Semuanya masih segar dalam ingatan aku. Lalu air mata aku jatuh membasahi pipi. Sungguh aku merindui mama yang aku cintai. Bagi aku, mama seorang ibu yang sangat tabah dengan segala kerenah dua anaknya yang dahulu suka membuat masalah. Aku menyesal. Sungguh aku rindu mama.

Jika kau bisa kembali, 
aku pasti tidak akan mengulangi,
kesilapanku yang bisa menyakiti,
hatimu yang suci.
Sungguh,
hanya kau ibu yang ku cintai,
yang sering ku mimpi,
dalam tidurku yang sepi.
Kini, 
sunyi tanpa dirimu disini,
yang selalu berada di sisi,
kala aku menyendiri.
Mama,
demi ALLAH yang aku cintai,
aku amat merindui,
dirimu yang sentiasa di hati.


Setelah aku menyapu air mataku, aku melangkah keluar dari rumah aku, dan sempat memohon agar mama sentiasa doakan aku dari sana. Mama, kita sayang, cinta dan rindu mama. Mama lah segalanya buat kita.

27 April akan datang hari jadi mama. Akan aku hadiahkannya sekalung surah Yassin dan doa agar mama bahagia di sana.



syaza aqillah♥

Comments

Popular posts from this blog

Freshly 2019

2019.  I am now married.  Will tell you guys about how I get through hard year after my husband's kidney transplant. But it's worth the journey. Alhamdulillah for everything. I'll post it here, soon. In syaa Allah.  Syaza

KEBENGANGAN MELANDA!

Hye semua.. Tajuk pon korang dah tahu yang tuan tanah sedang berapi api. Mana tak nya kalau saia mahu follow blogblog yang saia nak follow tak boleh. Dah dua hari kejadian ini berlaku! See. Ayat dah mula nak skema dah. Dodol!!! Kepada yang telah follow saia dan belum di follow semula, harap maaf sangat. Tak faham masalah apa yang melanda internet ini. HUHU. Bengan ni. Bengan tahap gaban. Memang rasa nak maki2 je. *Sabar ye Syaza* . Sabar2!! Dah cukop sabar ni hah!! Bak kate orang dolu2, sabar itu separuh dari iman.. (:  See. Dah boleh tersenyum semula. Pujuk diri sendiri lah gamaknye. Mr.F jauh sangat. HUAHUA. Sekali lagi maaf dipinta yaaaa... Adoyyy.  *nah bunga utk kowang* ♥syaza aqillah

FUNNY.

Assalamualaikum. :) hello readers. Today i've video to share with u guys. i found this video on YOU tube . :) enjoyed.  p/s: don't speed. :) xoxo,